Monday, December 20, 2010

main bubbles

0 comments




lapan orang semuanya....paling kecik muaz mustaqim...


dia pun nak main sama, bila basikal tak bergerak mula la menangis...

adib dah kepenatan...

kalau tak ke mana-mana tu, ada je aktiviti budak-budak ni... weekend ari tu kengkawannya datang berkumpul main bubbles kat rumah... seronok kan main...

Sunday, December 19, 2010

Jalan-jalan hujung minggu iv

0 comments
Wangsa Walk, Wangsa Maju KL

hujung minggu masa tuk jalan-jalan......hehe, bila masa nak kemas umah kalau asyik berjalan je ya... ok ni cite berjalan ke wangsa walk, tengah syok pilih present tuk anak buah sekali ternampak robot 2 ekor ni ronda-ronda dekat situ...so apa lagi ibu pun snap-snap la pic dorang ni...layannnn je la....


robots

adib yang sporting

ha robot nak beramah mesra dah...

muaz....penakuttt

tup-tup terjumpa plk si ain & ahmad kat sini...hehe

Tuesday, December 14, 2010

Temani Mayat Ibu

1 comments

Sedihnya baca berita kat bawah ni, sumber dr myMetro


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.

“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Monday, December 13, 2010

Jalan-jalan hujung minggu iii

0 comments
nasib baik dua-dua pun baik je...



toys jela yg adib suka kat mcD tu..mkn tak seberapa pun...gerammm


dah nak balik....

salam semua...

ni cerita hari sabtu lepas...ari tu papa keje, tinggal la kami 3 beranak kat umah...tah mcm mana ibu teringin plk nak bawak adib & muaz jalan-jalan naik erl...wah nak g mana naik erl tu...mula-mula ingat nak naik sampai putrajaya jer, tapi kenangkan payah dr stesen erl tu nak ke alamanda, kena naik bus or cab plk...tak berani la dengan 2 budak kecik ni...


so ibu decide terus je la ke KL Sentral, senang...jalan-jalan kat situ aje... kebetulan ada jualan buku & magazine kat ruang legar KL Sentral tu, beli buku sorang satu pastu gi lunch kat mcD...abis cite...


selesai sesi jalan-jalan ujung minggu.... ahad pun ada jugak...tunggu next N3....wassalam...

Tuesday, December 7, 2010

Riang - Ria Adib & Muaz

1 comments
Adib

Muaz

salam maal hijrah buat semua...semoga tahun ini kita bertambah baik dunia & akhirat....amin..

cuti maal hijrah semalam, ibu tak gi mana pun...papa keje, so terperap la kami 3 beranak kat umah...

cuma petang tu teringat pulak nak bawak adib & muaz main kat playground kat taman umah ni jer, kalau papa takde memang tak lepas ke mana la kami...takat gi main kat playground leh la ibu bawakkan... itu aje la aktiviti semalam, sekian wassalam....
 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez