Monday, August 24, 2009

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

0 comments
Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.

Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
* Terasa loya dan ingin muntah.
* Rasa menggigil.
* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

* Pergerakan bayi yang tidak normal.
* Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

* Banyakkan pengambilan cecair.
* Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
* Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
* Mengambil vitamin C.
* Berehat secukupnya.
* Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.

Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

* Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
* Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
* Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
* Banyakkan bertenang.
* Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
* Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
* Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
* Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.

Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

puasa dan hasil perahan...

0 comments
lama betul tak update n3 kat sini...

salam ramadhan buat semua... semoga ibadah kita lebih sempurna kali ini..

ramadhan tahun lepas ibu tengah pregnentkan muaz 4 bulan, nasib baik takde wek2 sgt, tp ada tinggal jugak 4 hari..ramadhan kali ni pulak ibu sedang menyusukan muaz sepenuhnya, direct & juga pump bila di office... risau memang ada kalau bekalan susu tak mencukupi.. semalam ibu hanya dapat collect 10oz coz sempat buat 2x sesi perahan saja... ari ni pg td dapat collect 6.5oz, ni sikit lagi nak gi pump, tgk mcm mana pulak hasilnya...

semoga dengan keberkatan bulan yg penuh rahmat ini, rezeki muaz dimurahkanNya... insyaAllah...

Tuesday, August 11, 2009

latest adib & muaz

0 comments

latest muaz


latest adib

Mother who are Breastfeeding : Influenza A(H1N1) and Feeding Your Baby : What Parents Should Know

0 comments

What is this new influenza A(H1N1) virus?

This influenza A(H1N1) virus (previously known as “swine flu”) was first detected in people in April 2009 in the United States. This virus is spreading from person-to-person, probably in much the same way that regular seasonal influenza viruses spread.

What can I do to protect my baby?

Take everyday precautions. In addition, take extra care to wash your hands often with soap and not to cough or sneeze in the baby’s face while feeding your baby, or any other time you and your baby are close. If you are ill, or coughing and sneezing, consider wearing a mask.

Does breastfeeding protect babies from this new flu virus?

There are many ways that breastfeeding and breast milk protect babies’ health. Since this is a new virus, we don’t know yet about specific protection against it. Mothers pass on protective antibodies to their baby during breastfeeding. Antibodies are a type of protein made by the immune system in the body. Antibodies help fight off infection.

Flu can be very serious in young babies. Babies who are not breastfed get sick from infections like the flu more often and more severely than babies who are breastfed.

Should I stop breastfeeding my baby if I think I have come in contact with the flu?

No. Because mothers make antibodies to fight diseases they come in contact with, their milk is custom-made to fight the diseases their babies are exposed to as well. This is really important in young babies when their immune system is still developing. Breastfeeding also helps the baby to develop his own ability to fight off diseases.

Is it ok to breastfeed my baby if I am sick?

Yes. This is really important.

  • Do not stop breastfeeding if you are ill. Ideally babies less than about 6 months of age should get their feedings from breast milk. Breastfeed early and often. Limit formula feeds as much as possible. This will help protect your baby from infection.
  • If you are too sick to breastfeed, pump and have someone give the expressed milk to your baby.

If my baby is sick, is it okay to breastfeed?

Yes. One of the best things you can do for your sick baby is keep breastfeeding.

  • Do not stop breastfeeding if your baby is ill. Give your baby many chances to breastfeed throughout the illness. Babies who are sick need more fluids than when they are well. The fluid babies get from breast milk is better than anything else, even better than water or juice because it also helps protect your baby’s immune system.
  • If your baby is too sick to breastfeed, he or she can drink your milk from a cup, bottle, syringe, or eye-dropper.

Is it okay to take medicine to treat or prevent influenza A(H1N1) while breastfeeding?

Yes. Mothers who are breastfeeding should continue to nurse their babies while being treated for the flu.

** Adapted from CDC Atlanta

papa noty

1 comments
papa kena admit hospital coz nak buang cyst kat tangan papa, tak sakit tp mengakibatkan tangan rasa lenguh...so papa decide tak nak simpan lama2, takut makin besar plk nanti..

seelok bangun dari tido...

ibu : adib papa kena masuk hospital, nak kena potong tangan, tangan papa sakit..
adib : tula, selalu buat adib.. degil sangat (spontan je kuar dr mulut adib)

lor, adib ni.. ibu selalu cakap kalau noty nanti kena potong tangan kaki kat akhirat... ni papa la plk yang noty ek'.. adib adib

Jangkitan Virus Influenza A(H1N1)

0 comments

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing
 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez