Thursday, July 23, 2009

puasa & hasil tenusu ibu...

0 comments
eemmm dah masuk hari ke3 ibu puasa ganti... tp ibu tak la puasa terus 3 hari, ibu puasa isnin khamis... lambatnya ibu ganti puasa... bukan apa tertangguh2 sebab pregnent, pastu pantang bersalin & sekarang tgh menyusukan muaz... rasa risau susu kurang tu yang melambatkan hasrat ibu tuk ganti puasa... tp ni dah rejab masuk syaban dah pun...tak boleh tangguh2 lagi...

so mcm mana outcome nyer?? alhamdulillah dengan izin Allah production susu macam biasa..malah yang ibu bersyukur sangat masa perahan pertama dalam kul 9-9.30 tu boleh dapat lebih dr hari biasa.. isnin lepas ibu dapat 7oz & hari ni 6.5oz, sampai kena tukar batol la, which bila ari biasa tak lak dapat sebanyak tu...

so ibu conclude kalau kita bersahur dengan betul, makan nasi, minum susu or holick ke, banyakkan minum air masak sepanjang malam tu & makan kismis (kurma takde stok), susu akan ada macam biasa.. cuma bila puasa ibu buat 2x aje pulak sesi perahan...tak larat & sesi perahan petang rasa dah kering benar... tp ari ni nak try la coz kurang bz nyer..

alhamdulillah syukur pada Allah, apa yg ibu risaukan tu takde la apa2 sangat, cumanya kena jaga makan & byk2 minum air...


Tuesday, July 14, 2009

Cucu-cucu Atuk & Uwan

0 comments
Ni la dia Adib, Muaz & sepupu2 dorang...

1. Muhammad Luqman Aliff - 06/09/2003


2. Muhammad Amirul Adib - 21/01/2006


3. Muhammad Danial Fathullah - 24/10/2006


4. Nur Fathiha Nadhirah - 09/12/2008

5. Muaz Mustaqim - 30/03/2009


...dan sorang lagi arwah Asyfa Rawiah...

Sunday, July 12, 2009

Asyfa Rawiah dalam ingatan

0 comments

semoga rohnya dicucuri rahmat...

tunggu ibu kat sana, insyaAllah...

befora & after

1 comments
before

after


ari sabtu lepas kami sekeluarga ke klinik pakar kulit di sri kembangan, nak check muaznya muka & kepala ni kenapa teruk sangat.. before this dah pergi 2,3 klinik, mcm2 ubt & krim dr bagi, tp tak jalan jugak…

tengok la muka muaz before & after… terukkan, hopefully ubat baru ni serasi la dengan muaz… ibu bedung tangan muaz lepas buh krim tu, baru dia diam kalau tau asyik nak menggaru jer.. 2 minggu lagi kena datang semula follow up…

Friday, July 10, 2009

Hari Penyusuan SusuIbu

0 comments

Tuesday, July 7, 2009

air masak vs formula milk

2 comments
pagi ni ibu kena antar muaz...mula tu angin jugak, sian muaz awal sangat kena pegi school, papa ot sampai ke subuh, tp malas la nak panjang2 cite..angkut la muaz masuk kete & bekas susu muaz.. adib, dia tido lagi...biar la dia ngan papanya nanti..

muaz mamai2 lagi, sampai je school terus buh muaz atas tempat beradu dia tulah..alhamdulillah diam je dia.."susu cukup ya" "cukup" balas cikgu taska.. dua ari ni nampaknya abis licin susu 5 botol x 3oz.. selalu tu ada gak tinggal skit botol yg kelima tu..

kebetulan time bwk muaz masuk bilik tu ada la baby yang sebaya muaz tu, elok aje dia golek atas tilam gebu dia.. "baby ni minum susu ibu jugak ke?" sibuk ibu bertanya.. "ha'ah, tapi susu dia tak cukup, asyik nangis je dia" sambil cikgu tu tunjuk btol susu baby tu.. lor ada la dalam 1.5oz, nampak macam susu perahan subuh td. "dah, berapa botol mak dia bagi?" menyibuk lagi.. "satu tu jelah kak".. "eh kamu ni betul ke" pelik ibu.. "ya kak, yang lain mak dia suh bagi air masak, mak dia tak bagi susu tepung, nangis je baby tu" lurus benar nampak cikgu baru muaz ni... "kul berapa mak dia balik, antar kejep je kot" ibu antara percaya tak percaya je sebenarnya.. "tak kak, sampai kul 5 ptg"

dalam kete ibu terkesima... baby 3 bulan hanya minum 2oz susu dr kul 7 pg - 5 ptg!!! ibu betul2 terkedu... terngiang2 lagi ciku tu beritau mak dia tak nak bagi susu tepung, dia duh bagi air masak... ibu jadi keliru, sampai begitu sekali ke...

tiba2 ibu sebak, bergenang air mata, ya Allah syukur atas rezekiMu, cukup lagi susu ibu untuk muaz... kalau ibu berada di pihak ibu baby tadi ibu tak sekuat itu... pasti ibu merelakan muaz minum susu formula, ibu tak sanggup tengok muaz menangis tak cukup susu, ilangkan lapar & dahaga hanya dengan air masak dr pg sampai petang...

ilmu ya ilmu itu la yang paling penting, perlu ada persiapan yang rapi buat ibu2 di luar sana, jangan amik mudah... akhirnya baby sendiri yang jadi mangsa... ohhh kesiannya kawan muaz td... kalau susu ibu melimpah ruah boleh share ngan muaz...kena sediakan 10 botol la pulak..walaa

apa pendapat ibu2 di luar sana, pakar2 laktasi... ibu pun jadi confuse pulak.. air masak or formula milk????

Monday, July 6, 2009

pil kuat

2 comments
minggu ni ibu yang kena amik adib & muaz time balik keje, kesian tengok dorang berdua tu.. lewat betul dapat balik umah...

semalam lepas settle sume, bukak gate, grill, pintu umah...on lampu, fan.. angkat muaz masuk, adib baru la terkial2 nak kuar kete..."adib bawak beg masuk" tu la ari2 ibu pesan.. "jap adib nak tutup gate"..cepat2 ibu kuar semula, selesai kunci gate, kunci grill, kunci pintu...

kalau muaz ok biarkan je dia dulu dalam baby cot, adib biasa la..buat hal dia je..bukak beg dorang ni, kuarkan bj kotor letak dalam bakul, rendam sume botol2 susu, muaz je dah 5 bijik, adib satu... muaz dah start bunyi... jenguk dia jap, bawak dia golek atas tikar depan tv, on kan tv.."tgk cite adib ya ibu", yelah malas ibu nak bergaduh...kan dapat tgk pun, byk lagi benda lain nak buat...

alamak susu tak simpan lagi, bgn jap gi simpan susu dalam freezer, turunkan pulak frozen ebm tuk bekalan muaz esok... "bu, nak roti...""jap ya"... muaz dah start menguek, gi layan muaz pulak.. sedar tak sedar dah kul 8, maghrib belum lagi ni...

muaz makin kuat menguek...adib plk time tu la sibuk nak cium pipi la, di lambai2nya tangan si muaz.."adib sakit la muaz, dia kecik lagi".. "ellleeehhh" tu la jawab si adib.. sambil sambung tgk tv semula..

nak tido dah si muaz ni, masuk balik la dalam baby cot, mana puting ni kang tak lena plk si muaz ni.. makin kuat ngueknya si muaz ni, nak kena goyang2 pulak cot ni... tarik tolak tarik tolak, sumbat mulut dalam puting... diam kejap.. mata terkebil2, tangan mengusap2 muka sampai naik merah mukanya...gatal ruam tak abis lagi... makin kuat nangis muaz, nak susu ni.. nyusukan kejap, sambil kerling jam dinding.. cepat la muaz kata ibu dalam hati.. nasib baik adib leka dengan cartoon network dia tu..

siap nyusu muaz, mamai2 dah dia... masukkan balik dalam baby cot.. "tido ya muaz, ibu nak solat ni.." ari dah pukul 8.20 ni, aii memang sikit jela pahala ibu, nak wirid ngaji lagi la susah time2 kritikal ni... tinggalkan muaz kejap pi semayang, tak lelap lg dia tu br mamai2..

baru je bagi salam, "ibu adib nak encing" sambil terjingkit2, "jom cepat, bukak seluar".. lipat telekung pun tak sempat... kena tidokan muaz ni, kalau tak satu keje pun tak jalan.. kul 9 baru muaz lena, kadang2 terlajak sampai 9 lebih...

baru leh masuk dapur..hehe kan apa pun, panaskan je lauk, papa dah tolong belikan sebelum dia gi keje tengah hari, nasi pun papa dah siap masakkan.. lor ibu tak mandi lagi, mandi la dulu lewat dah ni, ada potensi plk ibu reput tulang ni asyik mandi malam jer... heater tarak... siap mandi solat isya', bagi adib makan.. sian adib dah 9.30 baru dapat makan... ibu pun menyambil jugak la time tu...

selesai makan, nak basuh botol2 susu pulak.. selang 3,4 ari rendam dalam air panas...ibu tak steril ari2 la, hehe...muaz jgn sakit perut ya muaz... "dah 10.30 dah ni adib jom tido jom, gi amik pampers"... kadang2 dia patuh, selalu2 kena bebel baru nak... lately ni adib selalu tido lewat leka melayan cartoon, mentelah ibu pun tak sempat sangat nak duduk2 ngan dia... angkat muaz masuk bilik, tukar pampers bagai.. buat susu adib siap2, kang tengah nyusu si muaz sibuk dia suh buat susu dia jugak... baru la dapat merebahkan diri, alahai beg budak2 ni plk lum siapkan, bangun kejap nanti esok pagi kelam kabut, lega dah selesai sume... ibu memang jenis tak tido lewat malam, ala kadar aje, mana yang termampu ibu buat...

itu la rutin ibu hari2, banyak lagi yang ibu tak buatkan...

lipat baju - weekend
gosok baju - weekend jugak
basuh mesin baju kotor - take over by papa

ampai/angkat kain - take over by papa
sapu umah - take over by papa



syukur papa banyak membantu kalau tak kena makan pil kuat la ibu.........











tepung gomak...

1 comments

payah sungguh nak ilang ruam kat muka muaz ni, makin bubuh krim makin merah. dah 3 jenis krim bubuh, sume dapat dr klinik. 1 jenis lagi ibu beli kat farmasi, 25 hinggit... mcm tu jugak..

weekend ari tu duk umah ibu buhkan bedak sejuk, mcm orang dulu2...ibu sendiri pun dah lama benar tak pakai bedak sejuk.. sian muaz muka jadi tepung gomak... tp still mcm tu jugak la, tak surut pun... kalau melarat lagi harus kena mintak GL tuk refer ke specialist ni...

Friday, July 3, 2009

"ibu adib takut"

3 comments

kul 10.30 malam ibu bersiap2 tuk tido.. tukar muaznyer pampers, bawak masuk bilik.. papa buat susu adib dan ajak adib masuk bilik… “tido ya adib” pesan papa… ibu pun baring di antara adib & muaz… mcm burger, ibu jd daging duk tengah2… papa tido mana, hehe papa kena tido sorang2… tak semena-mena adib yang tengah nak menghabiskan susu yg tinggal sikit tu duduk…

adib: ibu adib takut
ibu: takut apa?
adib: takut hantu ibu: ishh adib ni mana ada laaa

adib: adaaa (sambil merengek2)… adib takut

ibu: kat mana??


adib: kat situ (sambil menunding jadi ke satu sudut bawah katil..

ibu: laa tu kotak laaa..

adib: cuba ibu bukan tengok kat dalam dia…

ibu: tu kotak kosong adib, dah la baring…

adib: tak nak adib takut, mana papa, adib nak panggil papa… (terus dia ajak ibu keluar dr bilik, tinggal plk si muaz sorang2)


adib: papa, papa adib takut..

papa: takut apa?


adib: hantu

papa: isshh takde la, jom tido jom, papa tido sekali…

adib pun baring, bukan kat bantal dia tp sebantal dengan ibu, ibu peluk adib sambil baca apa yang patut…siap azan sekali..
adib merengek2.. pusing kat ibu dib… adib patuh, ibu tanya dia pasal abg man, dani, pasal school, saja nak bagi dia lupa pasal tu… ceria skit bunyi suaranya… dah dib pejam mata.. ibu pun pejap mata.. namun sayup2 ibu dengar adib cakap "dia boleh terbang tinggiii". "sapa dib" tanya ibu "ultraman ke". "tak hantu la, dia terbang kat atas" sambil tangannya tunjuk syiling….

ayo laaa, nampak apa plk si adib ni, betul ke dia nampak kot… ibu malas nak layan dah lepas tu, akhirnya adib & ibu pun tertido….
misteriiiiii tinggal misteriiii
 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez