Tuesday, June 30, 2009

3 months

4 comments



muaz lepas kena cucuk 3 bulan, lena tido lepas makan ubat demam... alhamdulillah tak demam, cuma dedar skit2..

Tuesday, June 23, 2009

manual vs electric

0 comments

akhirnya ibu dapat jugak spec3 yang diidam-idamkan... 2 minggu jugak la menunggu coz dah abis stok... tapikan alahai ibu masih terasa2 kelembutan belaian avent manual ibu tu...sedap je coz ada masagging petal tu (btl ke ni) or sbb ibu dah terbiasa sgt ngan manual so bila guna yg electric cam lain je rasanya, tak mahir lagi kot...

spec 3 - cepat, tak byk benda nak di cuci, relex, production masih ditahap yang belum memuaskan, yelah kalau takat dapat 4 oz tu pakai manual pun dapat byk tu jugak, malah pernah satu masa dulu ibu perah pakai tangan pun dpt byk tu jugak...

avent manual - ringan, mudah nak di bawa ke sana sini, tak menyakitkan coz kita yg control pedal dia tu.. cuma byk benda skit la nak basuh..

apa2 pun ibu baca testimoni pengguna spec3 ramai yg cakap masa mula2 pakai tu mmg productionnya mcm tu, tp bila dah sebulan pakai br production semakin meningkat... ibu doa sangat2 dapat la ibu dpt collect dlm 5-6oz tiap kali pump, baru lega rasanya... baru cukup stok tuk muaz, dah la lagi 2 bln nak puasa ni, risau jugak ibu dibuatnya... alhamdulillah ibu belum period lagi…ooppss, line clear…

Monday, June 22, 2009

buah hatiku

0 comments
picasa 3

puting

0 comments


si muaz yang kuat nyonyot.... pantang terlepas, buntang la mata dia..

Thursday, June 18, 2009

juling...

3 comments


juling ke adib ni???

jangan pandang lekeh...

1 comments

ramai yg beranggapan ibu yang bagi anaknya dengan susu ibu tak perlu kuar belanja beli susu, so boleh la save banyak... atau dalam erti kata lain ibu2 ni nak jimat la.. tp persediaan tuk menyusukan anak dengan susu ibu ni bukan sikit2 belanjanya, hanya mereka yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu saja yang tau, terutamanya bagi ibu2 yang bekerja...

ni antara instruments yang ibu kena sediakan demi menjayakan hasrat untuk menyusu muaz secara exclusive...

pump – $300++

botol – $70++

liner - $30

bekas dadih - $10

nursing bra - $50

yang lain2 dah ada masa adib dulu mcm brite ice, manual pump etc..


so jgn la pandang lekeh pada ibu yang nyusukan anak mereka… bukan sikit belanja yang dikeluarkan, tp setiap sen yang dikeluarkan tu bagai tak terasa bila melihat anak kita menyusu susu ibunya sendiri… puas hati sangat… hanya mereka yang tahu memahaminya…

pelik ke bagi susu ibu..

0 comments
suatu hari di surau office...

soalan dr seorang anak dara:-
eh kak, buat apa tu
pump susu la..
ha mcm tu ke, eh peliknya...

soalan dr seorang mak dara:-
eh banyak ke susu u ni
boleh la untuk anak i..

Tuesday, June 16, 2009

Pukul 12!!!

0 comments
ibu demam, papa demam, adib batuk selsema...muaz alhamdulillah sihat, berkat susu ibu kot...

balik keje hari isnin masuk dapur papa dah siap kuarkan ayam, nasi tak masak lagi... nak masak apa ni? dgn kepala berat mata sembab tu ibu bertanya, ikhlas ke nak masak ni, tuhan aje yg tau... tgk papa pun teruk benar keadaannya, nak suh pi beli pun tak sampai ati campur tak tau pun nak suh beli apa...

masak sup ayam je la, nak makan ngan roti... kata papa. ok la ibu setuju dgn syarat ibu masak sup bodoh2 aje la... ayam campur ubi & lobak putih tuk ibu...hehe

kul 10 dah siap sume kat dapur, ibu ckp ibu nak masuk tido dah, bwk muaz masuk sekali, jom adib tido jom... dia tak bergerak dr depan tv. ibu pun selamat la, dah la br pas makan ubat demam & ubat batuk...

tup2 ibu tersedar dah dekat kul 12, nampak ada cahaya samar2 dr luar bilik... gagahkan la jugak bgn.. ya Allah si adib terkulat2 mata tgk tv, tah cite kartun apa tah.. mana papa ni, tgk dia pun selamat kat bilik adib... adib apa tak tido lagi ni?? jom cepat ibu buat susu ni... tak nak, belum abis lagi la... sampai bila pun tak abis cartoon network tu, adoiii.

memandangkan ibu tak daya masa tu, ibu malas nak bergaduh ngan adib, malas nak dgr dia menangis... ibu pun sambung tido balik.. tp ibu sound la ibu tak nak buat susu kalau adib tak tido... baru je ibu nak terlayang, rasa dia naik atas katil.. bu nak cucu, ibu saja matikan diri malas nak layan dia.. tak marah lak dia, dia bgn semula.. eeii budak ni, nak gi mana ni adib keras suara ibu, suh papa wat susu la... nak tergelak pun ada..

PAPAAAA, kuat adib melaung suh papanya wat susu... keh keh keh...

EBM in the house

2 comments
EBM yg sedang dicairkan, sedia untuk ni masukkan ke dalam botol & dibawa ke school.

EMB yg masih beku, ada la dalam 36 bekas dadih tu, nampak tak bekas tu dah recycle 2x, pasni nak digantikan dgn botol2 pulak...payah la pakai bekas dadih ni, byk kali nak kena transfer.. tp memang jauh murahnya la...



ni la santapan tuk muaz setiap hari… cukup tak agaknya ya, insyaallah… tiap hari ibu bekalkan 5 botol ebm tuk muaz, setiap botol 3oz, so muaz abiskan 15oz kat school..

tpkan ibu perah 3 kali je sehari kat opis ni, tiap kali perah dapat 4-5oz, 3 kali, dapatlah collect 12-15 oz sehari… tu time ok, kena time demam cam 2 hari lepas, dpt la dlm 12oz je sehari… malam muaz nyusu direct, ibu tak perah le tgh2 mlm tu… ibu pun zzzzzzzzz masa tu, kepenatan….

ibu tgh tunggu spectra 3 ada stok ni, dr 2 minggu lepas takde stok… dengan harapan bila guna spectra 3 ni production semakin mantap… harapnya begitu la. semoga dapatla exclusive bf muaz, paling tidak pun smp 6 bulan...




Thursday, June 11, 2009

my love...

0 comments

ada iras tak dorang berdua??? seronok dapat satukan gambar dorang ni, sorang lahir thn 2006 & sorang lagi 2009... semoga keduanya membesar dengan sihat... dengar cakap ibu, patuh cakap papa & taat perintah Allah... tulah yang selalu ibu bisikkan ke telinga mereka..

pantang

1 comments
40 hari lebih jugaklah ibu kat rumah mak di gombak… sakit tau czer ni, nak sembuh pun lambat banding dengan biasa. tak boleh mengurut, bertungku & berbengkung sume.. tak puas rasanya. perut pun lambat la nak surut… lepas sebulan baru la rasa kuat sikit, baru nak cuba2 mandikan muaz, itu pun kengkadang kalau mak takde kena la import mak ngah muaz tuk mandikan… ibu takut nak mencangkung lama2 tu, dah la licinkan bilik air…

adib pulak bukan main senang hati lg dia kat gombak, mana tak sepupunya ada buat main, abg luqman, danial & si anak dara sorang tu fatiha nadirah.. pastu adib tak heran sangat ngan ibu sikit2 wan, tido pun dgn wan dia.

muaz dalam pantang siang tido malam berjaga…sejam sekali bangun nak nyusu. kuat merengek jugak muaz ni, pastu tak bg hint langsung, terus nangis kan main kuat… terkejut ibu je muaz ni. kalau iya pun nak susu sabar la muaz…

papa dua tiga hari di sepang, dua tiga hari di gombak… sian papa kena berulang sepang gombak.. selalu tgh malam nak ke subuh baru papa sampai, penat.. adib & muaz plk dah tido time tu… esoknya la br jumpa. pagi2 tu mesti atuk suruh adib tgk luar, nampak je kereta ijau suka adib tau papa dia balik…

lebih kurang macam tu la kami anak beranak di gombak…bila dah 40 ari pantang, ibu cakap kat papa nak balik sepang la, lama sgt dah kat gombak… adib pun lama benar dah tak gi school… lagi pun nak serasikan muaz dgn umah kami di sepang lagi, seminggu sebelum naik keje nak train muaz kat school… huaaa, sedih wooo

Wednesday, June 10, 2009

Muaz Mustaqim Muhammad Iqbal Asyran

0 comments

papa: nanti bb kita buh nama muaz..
ibu: laa buh la 'A' jugak, mcm adib

papa: tak payah la, sedap muaz, sahabat rasulullah
ibu: eeii abiyan ni, ok lah...
sambil tu ibu dah berkira kira tuk cari satu lgi nama yg match ngan muaz

ibu: bi, kita buh muhammad muaz mustaqim ek'
papa: muaz dah la...

ibu: ala tak nak la, adib kan ada muhammad, bb pun buh la jugak..
papa: panjang sangat nanti, sian budak tu, nak isi borang pun payah... kang ic kena dua mcm saya ni ha..

ibu: iya ke..
apa lagi yg mampu ibu kata.. akhirnya sepakat la kami bubuh muaz mustaqim untuk putera kedua kami...

30 March 2009

1 comments

9 am
appointment untuk check up seperti biasa di naluri.. kali ni adib ikut sekali, saja nak bg dia jumpa ngan bb jugak..

10 am
sampai turn, dr check bukaan, uuppps dah 4 cm, so arrange for admit.. wallah, so fast ha... edd 18 april, ni baru 30 march... hehe dah sampai masa mana boleh tunggu lagi... selesai urusan admit papa gi antar adib balik. tinggal la ibu terkulat2, contraction tak rasa lagi..

11 am
nurse dtg buat ctg, payahnya dia nak dapat heart beep bb, cuak jugak... ada tp bunyinya mcm jauh sgt... ishh teringatkan arwahnya asyfa, masa buat ctg ni la tau yg arwah dah takde dalam kandungan... nauzubillah...

1.40 pm
sementara menunggu bukaan sedar tak sedar dah dekat pukul 2, ibu & papa menanti penuh sabar.. nurse masuk, apa plk kali ni, "ok kita masuk ubat punggung ya", sorry tak tau apa istilah sebenarnya... so right after that ibu pun selamat mengeluarkan segala benda yg tersimpan, ngeh ngeh.. sorry..

2.00 pm
"kita akan drip air untuk cepatkan proses bukaan ya..." ok masa tu ibu memang serahkan segalanya pada dr & nurse... dah itu kepakaran dorang..

2.30 pm
"baring ya kita nak pecahkan air ketuban (water bag)", cepatnya sampuk papa, "isshh ni bila2 masa je dah ni", alhamdulillah ibu masih belum rasa sakit contraction pun...sama mcm masa adib dulu.. ada pun sakit sikit2 jer.. tp sepanjang kat hospital ibu tak boleh baring mengiring, selalu ok jer... "bi, ibu rasa mcm keras je sebalah kiri ni…nak ngiring pun tak boleh”… dalam pada tu dr zana datang tuk check condition ibu & baby.. check bukaan, “eh kenapa I rasa mcm jauh plk bb u ni”, jauh??? “Bb tak turun la” ishh apa plk ni, merisaukan betul… “nurse bwk scanner naik”.. alahai ni mesti ada something wrong ni, ibu hanya mampu berdoa agar bb tak apa2 kat dalam… “ya Allah jangan lah ku diuji sekali lagi”, doa seorang ibu..

3.00 pm

selesai scan…. kuasa yg maha Kuasa, bb ibu melintang di saat2 kelahirannya, uuiihh aktif sungguh la bb ibu ni… dr decide ibu kena c-zer… aduh!!! akhirnya kena kuar ikut tingkap jugak bb ibu ni.. ibu hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan lancar.

3.40 pm

alhamdulillah, selesai sudah.. selamat ibu dan bb… mana papa? hehe papa tak berani nak tgk, dia duk kat kepala ibu, sama2 berdoa dan meniup semangat ke telinga ibu… sempat pandang sekejap kat bb, pastu ibu pun ZZzzzZZzzz….

 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez