Tuesday, July 27, 2010

Ragam Adib & Muaz

1 comments
Adib & Muaz

Tuesday, July 20, 2010

Latest Adib - Penang

0 comments

ni gambar terbaru adib, di penang bersama sepupunya.. di wakaf pak langnya..di halaman rumah kami.. cepat je rasa adib membesar.. dah pandai menjawab dah sekarang, selalu kena marah ngan papa...

Monday, July 19, 2010

terima kasih cikgu fiqah

0 comments
terima kasih cikgu fiqah

muaz sekarang ni dah setahun empat bulan.. dah berjalan dengan baik, tp belum belari lagi… lari acah-acah ada la… muaz duduk taska sejak dia berusia 2 bulan, sebaik aje ibu abis cuti bersalin… selama duduk di taska dah berapa orang cikgu yang jaga muaz bertukar… baru je nak kenal ngan sorang cikgu dah nak berenti… sian muaz.. masa muaz 6 bulan paling kesian sbb cikgu yg jaga dia sejak 2 bulan tu berenti (cikgu yan n cikgu maria)..sejak dr tu muaz mcm takut kena tinggal, tak dapat la ibu ni nak lama-lama tinggalkan dia, sure dia menangis, meraung…muaz mcm fobia ditinggalkan walaupun abang adibnya ada..


selepas tu muaz dapat sorang lagi cikgu baru, syafiqah namanya…kecik aje orangnya, mcm tak percaya boleh jaga budak-budak, naknya baby plk tu… makin hari muaz makin manja ngan cikgu fiqah…senang hati ibu tiap kali mengambil muaz mesti cikgu fiqah tengah melayan muaz…rajin cikgu fiqah ni melayan, rajin juga dia bercerita perkembangan muaz, tak mcm cikgu lain tanya sepatah jawabnya sepatah..


cikgu fiqah pun mudah diajar, senang dibawa berbincang, sms pasti dibalasnya… kalau muaz tak sihat pasti dia akan sms bertanyakan khabar muaz. pernah juga pd cuti hujung minggu dia bertanyakan khabar muaz, rindu katanya… tak pernah lagi mana-mana cikgu yang menjaga muaz atau adib menyatakan dorang rindu kat budak-budak tu, selalaunya ujung minggu adalah hari mereka melupakan sebentar hiruk pikuk suasana di taska… tak salahkan cikgu-cikgu tu jugak, dorang pun muda-muda belaka & tak berkahwin lagi…


sampai la muaz nak menyambut usia 1 thn dan mula nak bertatih-tatih, cikgu fiqah la yg rajin menatih muaz di taska, siap minta izin nak kenakan kaki muaz kat embun pagi…cikgu fiqah juga tak lupa bg hadiah pd muaz sempena muaz setahun… ibu terfikir kalau ada 10 baby kat taska tu semuanya dia layan mcm ni ke…cekap betul cikgu fiqah ni.. hinggakan satu hari beriya-ria dia sms menyatakan ada surprise nak beritau pasal muaz, ibu dah agak dah, tp sj ibu bertanya…katanya ‘muaz dah boleh melangkah bertapak-tapak’..ceria sungguh dia bercerita..


hinggalah pada bulan 5 yg lepas, cikgu fiqah beritau dia nak berhenti kerana nak meneruskan pelajarannya, sedih sungguh ibu masa tu, risau aje tiap kali ada cikgu yang nak berenti…kesian ke muaz… ibu pun sebak sungguh masa hari terakhir cigu fiqah, kami sama-sama menitiskan air mata, pesan ibu agar dia belajar bersungguh-sungguh & jgn lupakan kami.. elok je cikgu fiqah berenti demam pulak si muaz, maybe rindukan cikgu fiqahnya kot…


sampai sekarang la cikgu fiqah masih rajin bertanyakan khabar, kadang-kadang ibu mmskan gambar muaz buat pengubat rindu cikgu fiqah… n3 ni pun khas untuk cikgu fiqah, harap fiqah puas la tengok gambar muaz tu, siap pakai bj yg fiqah hadiahkan tu… lepas ni rajin-rajin la masuk sini kalau nak tau perkembangan muaz & adib juga…


terima kasih cikgu fiqah, juga terima kasih buat cikgu yan, maria, linda n nurul yg pernah menjaga muaz… cikgu yg kejap-kejap sgt ibu tak berapa ingat namanya, lg pun papa yg selalu mengantar & mengambil muaz n adib di taska… apa-apa pun terima kasih juga…


sekian


Wednesday, July 14, 2010

Hari Susu Ibu

0 comments

Pada setiap tahun, Susuibu.com akan menganjurkan sambutan Hari Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung pada 1 - 7 Ogos.


Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :


Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.

Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :

- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Semua dijemput hadir pada Hari Susu Ibu nanti di FIESTA KAJANG 2010!!!

Sunday, July 11, 2010

Kehadiran Anak Saudara Baru

0 comments

Salam buat semua...

Jumaat 09/07/2010 ibu dapat sorang lagi anak sedara, girl, ada la kawan si fatihah tu, kalau tak sumenya abang2... Bb ijal & melati, tak tau lagi nama yg akan diberikan... Ibu dah melawat weekend hari tu.. 'trip to penang'... byk benda nak diceritakan...gambar pun banyak... tp ibu wat N3 pasal bb girl ni dulu ya... Tahniah Ijal & Melati

Sunday, July 4, 2010

Thahara, Desa Pandan

2 comments
salam buat semua... semalam papa ada reunion dgn bekas pelajar sek men papa dulu, lupa lak ibu nak tny apa nama sek papa tu... dorang wat makan2 kat Thahara mcm yg tertera kat bawah tu... ibu, adib & muaz mestilah join sekali... makanan memang best & banyak... tak leh la ibu nak berdiet, huhu.... byk lg gambar kat d.cam, tp papa tak upload lagi... ni gambar dr member2 papa, ibu skodeng fb dorang, gambar adib & muaz dr hp cabuk ibu... jom layannnn

waaaa lupanya la nak amik gambar makanan.... harap ada la dlm d.cam...








 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez