Monday, December 20, 2010

main bubbles

0 comments




lapan orang semuanya....paling kecik muaz mustaqim...


dia pun nak main sama, bila basikal tak bergerak mula la menangis...

adib dah kepenatan...

kalau tak ke mana-mana tu, ada je aktiviti budak-budak ni... weekend ari tu kengkawannya datang berkumpul main bubbles kat rumah... seronok kan main...

Sunday, December 19, 2010

Jalan-jalan hujung minggu iv

0 comments
Wangsa Walk, Wangsa Maju KL

hujung minggu masa tuk jalan-jalan......hehe, bila masa nak kemas umah kalau asyik berjalan je ya... ok ni cite berjalan ke wangsa walk, tengah syok pilih present tuk anak buah sekali ternampak robot 2 ekor ni ronda-ronda dekat situ...so apa lagi ibu pun snap-snap la pic dorang ni...layannnn je la....


robots

adib yang sporting

ha robot nak beramah mesra dah...

muaz....penakuttt

tup-tup terjumpa plk si ain & ahmad kat sini...hehe

Tuesday, December 14, 2010

Temani Mayat Ibu

1 comments

Sedihnya baca berita kat bawah ni, sumber dr myMetro


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.

“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Monday, December 13, 2010

Jalan-jalan hujung minggu iii

0 comments
nasib baik dua-dua pun baik je...



toys jela yg adib suka kat mcD tu..mkn tak seberapa pun...gerammm


dah nak balik....

salam semua...

ni cerita hari sabtu lepas...ari tu papa keje, tinggal la kami 3 beranak kat umah...tah mcm mana ibu teringin plk nak bawak adib & muaz jalan-jalan naik erl...wah nak g mana naik erl tu...mula-mula ingat nak naik sampai putrajaya jer, tapi kenangkan payah dr stesen erl tu nak ke alamanda, kena naik bus or cab plk...tak berani la dengan 2 budak kecik ni...


so ibu decide terus je la ke KL Sentral, senang...jalan-jalan kat situ aje... kebetulan ada jualan buku & magazine kat ruang legar KL Sentral tu, beli buku sorang satu pastu gi lunch kat mcD...abis cite...


selesai sesi jalan-jalan ujung minggu.... ahad pun ada jugak...tunggu next N3....wassalam...

Tuesday, December 7, 2010

Riang - Ria Adib & Muaz

1 comments
Adib

Muaz

salam maal hijrah buat semua...semoga tahun ini kita bertambah baik dunia & akhirat....amin..

cuti maal hijrah semalam, ibu tak gi mana pun...papa keje, so terperap la kami 3 beranak kat umah...

cuma petang tu teringat pulak nak bawak adib & muaz main kat playground kat taman umah ni jer, kalau papa takde memang tak lepas ke mana la kami...takat gi main kat playground leh la ibu bawakkan... itu aje la aktiviti semalam, sekian wassalam....

Tuesday, November 30, 2010

Kompilasi Gambar ii

0 comments
aksi adib dan sepupu2nya

muaz peminat pisang, "muaz, ibu nakkkkk", terus dia paling belakang...bertuah punya muaz...

Thursday, November 25, 2010

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

0 comments


MUAZ MUSTAQIM BIN MUHAMMAD IQBAL ASYRAN
30 March 2009
~ GENTIL SELIMUT ~
12 batang

mood pagi jumaat terajin pulak nak join contest, tgk mcm best pulak contest dr Rich Mom ni, so godek2 la pc cari gambar yang sesuai... Harap semuanya dah memenuhi syarat penyertaan...ok adios..

Kompilasi Gambar

0 comments
bila dua-dua merajukkkk....

dua orang anak buah perempuan...sorang lagi tak jumpa raya haji ari tu....

raya haji 2010

Sunday, November 14, 2010

Jalan-jalan hujung minggu ii

0 comments
takde ke mana sangat pun, dekat2 aje...

Tuesday, November 9, 2010

Jalan-jalan hujung minggu

0 comments
pantai bagan lalang, sepang

alamanda, putrajaya

Sunday, October 24, 2010

Muaz & Fatiha

1 comments
salam semua,

ari ni nak share pic muaz & sepupunya fatiha, dorang ni selang beberapa bulan jer...

payah sungguh nak capture gambar dorang berdua ni esp kalau ibu yang amik gambar, sure la si muaz tu nak terpa ibu...bukannya dia nak duk situ diam-diam...

gambar diambil di kampung ibu di batu kikir, negeri sembilan...

Friday, October 22, 2010

ehem ehem....

0 comments



huhu..

Thursday, October 21, 2010

Si Comot Muaz....

1 comments

muaz ni suka la makan benda-benda berasaskan coklat... "nak, nak, nakkk"... tu je yg dia tau cakap... panjang je tangannya menghulur... nak apa pun tak tau...hehe

Monday, October 18, 2010

Muaz tak sihat....

5 comments

salam semua...

dari minggu lepas lagi muaz tak berapa sihat....demam, batuk & selsema... minggu lepas makan tak nak, susu tak nak...risau sungguh hati ibu menengoknya... mulut berair jer, gusi bibir abis merah..nak tumbuh gigi geraham kot muaz ni...weekend kami memeram dirumah ajer..

minggu ni la baru muaz nak makan skit, susu pun dah nak.. tp muaz ni tetap minum banyak tu jer..3oz-4oz...kalau bancuh lebih sure terbuang punya. ibu tengok baby2 yang bawah 1 thn pun dah minum pakai botol 8oz.. sian tengok muaz ni kurus jer....

muaz oh muaz cepat la sembuh ya....makan & minum la banyak skit...berat 1 thn 6 bulan baru 8.8kg...tak smp 10kg pun...alahai anak ibu ni...

Hasil tangan Adib

4 comments


salam kawan-kawan sume...

ari ni nak share hasil keras tangan, hasil seni, hasil kretiviti si adib ni...hehe.. sibuk la dia nak melukis ngan watercolor.. ibu pulak tak pernah lagi belikan dia watercolor, drawing paper pun dah lama abis…

tapi sebab dia nak sangat, kena la draw atas kertas A4 jer, watercolornya dia amik ibu punya pastel color buncho yang dah nak keras tu, brush pun ibu bagi brush ibu wat decoupage yang dah hampir keras jugak…huhu… ibu pun janji la dengan dia nak belikan drawing set ni… tp tulah office ibu dah takde tempat nak beli belah ni…. dulu sebelah jer ngan giant, senang… la ni weekend ajelah dapat membeli…bosan tul…

so kawan-kawan layan jelah ya….wassalam



Thursday, October 14, 2010

October 13

3 comments
salam jumaat buat semua...

syukur alhamdulillah dipanjangkan usia hingga ke hari ini...masih diizinkanNya menghirup udara dibumiNya ini... hehe ibu tak pandai la nak ayat bunga-bunga ni....

ok nak ucapkan terima kasih buat semua yang mengingati...mak abah, adik beradik, husband tercinta & sahabat-sahabat semua...

ni present dr en hubby...tocey tocey...


p/s: N3 ni dah terlewat 2 hari la...tak sempat...k bye

Sunday, October 10, 2010

yang mana satu pilihan hati...

5 comments
nokia x6sony xperia mini

salam semua,

ceh ceh... nak beli iphone 4 tak termampu ibu... survey2 berkenan yang dua ni, byk lagi yang berkenannya, tp kena la mengikut kemampuankan... so nanti ibu post yang mana menjadi pilihan hati


sapa-sapa nak komen silakan la ya.... tq

Monday, September 27, 2010

Syawal 2010

0 comments
raya pertama - gombak setia

raya kedua - ipoh

salam syawal buat semua...

kita masih lagi di bulan syawal yang muliakan... orang lain dah lama dah share gambar-gambar raya, ibu baru nak terhegeh-hegeh... banyak sangat makan kuih raya kot...tu yang slow jer tu...

raya tahun ni seronok jugak..anak-anak pun dah semakin besar..senang sikit nak diuruskan.. tp biasalah mood budak-budak ni, kadang-kadang ok kadang-kadang meragam jugak...hendak-hendaknya bila dah penat berjalan, tido makan tak ikut masa...mula la buat perangai...

apa-apa pun layan jelah ya...

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

5 comments
"SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN"

salam buat semua...

tinggal sehari dua je lagi nak keje, hari khamis ibu start cuti sampai la hari jumaat depannya tu...

so apa plan tahun ni... macam raya-raya yang lepas..kami sekeluarga akan bersembahyang raya dia gombak, rumah wan & atuk dorang ni... pas selesai semayang raya, salam-salam, makan juadah raya, kami akan berangkat ke ipoh tuk beraya bersama-sama opah ngan atuk dorang pulak... tp sebelum tu ziarah dulu pusara asyfa rawiah...tu takkan dilupakan..

ahad or isnin, akan berangkat balik ke kl, duduk la kami anak beranak di gombak semula...sure seronok adib & muaz cuti lama ni, tak yah gi school, main aje la keje dorang ni nanti...



ni gambar dorang berdua ni dah leh minum susu sama-sama, muaz baru je putus susu ngan ibu...sedih tak dapat nak sampaikan ke dua tahun..kebetulan muaz demam selsema minggu lepas, langsung dia tak nak nyusu ngan ibu..lemas agaknya dia..susu ibu pun dah kurang sangat & dia kena isap kuat & lama baru susu kuar, tu yang susah bila idung dia tersumbat..kejap je dia dah lepaskan & nangis nak susu...


ok, ni mungkin N3 terakhir sebelum kita menyambut syawal, ibu ucapkan "selamat hari raya" & "maaf zahir batin" buat semua yang membaca... berhati-hatilah di jalan raya, semoga kita semua gembira bersama orang-orang yang kita kasihi...

Wednesday, August 25, 2010

peel adib

1 comments

salam ramadhan buat semua…


lamanya ibu tak bersiaran… ada saja halangannya…especially sebab perpindahan office ibu..


ibu nak share skit peel si adib ni, semalam ibu marah sungguh kat adib, hilang separuh pahala puasa kot… puncanya adib menconteng dinding & berbohong… 2 kesalahan, mana ibu tak naik angin.. kalau setakat menconteng dinding tu ibu memang marah, tapi bila adib bohong menyatakan muaz pulak yg buat, itu lebih memarakkan lagi kemarahan ibu…


ibu memang saja uji dia.. tanya “adib sapa conteng dinding ni” dengan suara yg tegas… dia diam membatu, ibu tanya lagi dia masih diam… ibu pandang tepat pada mata dia, dia pun pandang tepat pada mata ibu, ibu nampak mcm dia mencari-cari jawapan apa yang dia nak bagi… ibu tukar plak soalan ibu, “sapa conteng dinding ni adib, papa?” dia geleng kepala, “ibu?” dia geleng kepala… “dah tu muaz”, cepat je dia angguk, “muaz” antara keluar tak keluar je suaranya…


ibu dah semakin membara, ibu amik rotan… ajak dia duduk bersila setentang dengan ibu… “adib jangan bohong ibu, adib cakap betul-betul sapa yang conteng dinding” dia masih jawab muaz… geram sungguh hati ibu, zapp kena sedas kat kaki… tanya lagi, jawapannya tetap sama…keras sungguh hati dia.. ibu cakap plak “selagi adib tak mengaku ibu rotan”, tak berganjak jugak dia… aduh ni kena main perang psychology ni… ibu tukar nada suara, cakap bebaik… “adib cakap betul-betul sapa yg conteng?”, “adib” ha mengaku pun dia… aduhhh budak 4 thn dah pandai berbohong….


so lepas je adib mengaku, ibu rotan tangan dia, nangis la jugak, cakap kat dia malam ni adib tido bilik adib…amik bantal, selimut bawak masuk bilik adib…takde susu susu… dia hulur tangan minta maaf, ibu cakap ibu tak nak… masa tu ibu dah sibuk nak mengemas dapur…so ibu buat tak layan aje la dia…


tengok dia dah angkat bantal & selimut dia masuk bilik dia, buang air sendiri & salin baju tido sendiri…ibu biarkan je.. “bu, nak susuuuu” “tak boleh, pegi tido” keras suara ibu…. terkulat-kulat dia masuk bilik, dok layan blues dia …ibu biarkan aje…

lambat la plk dia nak terlelap, tah apa yg dibuatnya…last sekali bila ibu nak masuk tido, ibu bancuhkan jugak susu, tak sampai hati plk rasanya…


entah la, betul atau tidak tindakkan ibu tu, adakah ianya boleh menyedarkan adib agar tidak berbohong lagi… harapan ibu agar anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh… harapnya mereka mendapat didikan yang sebaiknya…semogo ibu dapat menjalankan tanggungjawab ibu dengan baik… sayang memang sayang, tapi kalau dah buat salah ibu tak nak kompromi…


sekian…

Tuesday, July 27, 2010

Ragam Adib & Muaz

1 comments
Adib & Muaz

Tuesday, July 20, 2010

Latest Adib - Penang

0 comments

ni gambar terbaru adib, di penang bersama sepupunya.. di wakaf pak langnya..di halaman rumah kami.. cepat je rasa adib membesar.. dah pandai menjawab dah sekarang, selalu kena marah ngan papa...

Monday, July 19, 2010

terima kasih cikgu fiqah

0 comments
terima kasih cikgu fiqah

muaz sekarang ni dah setahun empat bulan.. dah berjalan dengan baik, tp belum belari lagi… lari acah-acah ada la… muaz duduk taska sejak dia berusia 2 bulan, sebaik aje ibu abis cuti bersalin… selama duduk di taska dah berapa orang cikgu yang jaga muaz bertukar… baru je nak kenal ngan sorang cikgu dah nak berenti… sian muaz.. masa muaz 6 bulan paling kesian sbb cikgu yg jaga dia sejak 2 bulan tu berenti (cikgu yan n cikgu maria)..sejak dr tu muaz mcm takut kena tinggal, tak dapat la ibu ni nak lama-lama tinggalkan dia, sure dia menangis, meraung…muaz mcm fobia ditinggalkan walaupun abang adibnya ada..


selepas tu muaz dapat sorang lagi cikgu baru, syafiqah namanya…kecik aje orangnya, mcm tak percaya boleh jaga budak-budak, naknya baby plk tu… makin hari muaz makin manja ngan cikgu fiqah…senang hati ibu tiap kali mengambil muaz mesti cikgu fiqah tengah melayan muaz…rajin cikgu fiqah ni melayan, rajin juga dia bercerita perkembangan muaz, tak mcm cikgu lain tanya sepatah jawabnya sepatah..


cikgu fiqah pun mudah diajar, senang dibawa berbincang, sms pasti dibalasnya… kalau muaz tak sihat pasti dia akan sms bertanyakan khabar muaz. pernah juga pd cuti hujung minggu dia bertanyakan khabar muaz, rindu katanya… tak pernah lagi mana-mana cikgu yang menjaga muaz atau adib menyatakan dorang rindu kat budak-budak tu, selalaunya ujung minggu adalah hari mereka melupakan sebentar hiruk pikuk suasana di taska… tak salahkan cikgu-cikgu tu jugak, dorang pun muda-muda belaka & tak berkahwin lagi…


sampai la muaz nak menyambut usia 1 thn dan mula nak bertatih-tatih, cikgu fiqah la yg rajin menatih muaz di taska, siap minta izin nak kenakan kaki muaz kat embun pagi…cikgu fiqah juga tak lupa bg hadiah pd muaz sempena muaz setahun… ibu terfikir kalau ada 10 baby kat taska tu semuanya dia layan mcm ni ke…cekap betul cikgu fiqah ni.. hinggakan satu hari beriya-ria dia sms menyatakan ada surprise nak beritau pasal muaz, ibu dah agak dah, tp sj ibu bertanya…katanya ‘muaz dah boleh melangkah bertapak-tapak’..ceria sungguh dia bercerita..


hinggalah pada bulan 5 yg lepas, cikgu fiqah beritau dia nak berhenti kerana nak meneruskan pelajarannya, sedih sungguh ibu masa tu, risau aje tiap kali ada cikgu yang nak berenti…kesian ke muaz… ibu pun sebak sungguh masa hari terakhir cigu fiqah, kami sama-sama menitiskan air mata, pesan ibu agar dia belajar bersungguh-sungguh & jgn lupakan kami.. elok je cikgu fiqah berenti demam pulak si muaz, maybe rindukan cikgu fiqahnya kot…


sampai sekarang la cikgu fiqah masih rajin bertanyakan khabar, kadang-kadang ibu mmskan gambar muaz buat pengubat rindu cikgu fiqah… n3 ni pun khas untuk cikgu fiqah, harap fiqah puas la tengok gambar muaz tu, siap pakai bj yg fiqah hadiahkan tu… lepas ni rajin-rajin la masuk sini kalau nak tau perkembangan muaz & adib juga…


terima kasih cikgu fiqah, juga terima kasih buat cikgu yan, maria, linda n nurul yg pernah menjaga muaz… cikgu yg kejap-kejap sgt ibu tak berapa ingat namanya, lg pun papa yg selalu mengantar & mengambil muaz n adib di taska… apa-apa pun terima kasih juga…


sekian


Wednesday, July 14, 2010

Hari Susu Ibu

0 comments

Pada setiap tahun, Susuibu.com akan menganjurkan sambutan Hari Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung pada 1 - 7 Ogos.


Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :


Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.

Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :

- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Semua dijemput hadir pada Hari Susu Ibu nanti di FIESTA KAJANG 2010!!!
 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez