Tuesday, March 29, 2011

30.03.2011

0 comments
assalamualaikum buat semua yang sudi singgah sini, semoga semuanya ceria2 hendaknya di pagi yg dingin ini… hehe apahal la plk ibu skema sgt pagi ni…

ok actually just nak share yg hari ni (30.03.2011) hari ulangtahun muaz mustaqim, genap la muaz 2 thn pukul 3.40 petang nanti… kalau nak imbau proses kelahiran muaz boleh la baca kat sini.

ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak ibu…. untuk muaz semoga cepat pandai cakap, lebih berdikari, lebih kuat & sihat, semoga muaz sentiasa gembira bersama abang & kawan-kawan di taska, jangan cepat menangis…muaz dah besar dah tau…

sampai sini saja sekian wassalam…

kek didatangkan khas dari mak lang azie, sapa2 yg berminat blh la melawat blog mak lang...

tak sabar dah tu

comottttttt.....

potong kek kat rumah atuk & uwan di gombak setia...tq buat semua

Monday, March 28, 2011

Kenakalan Muaz

2 comments
omputeh kata "lets the picture tell the story" betul ke, hehe

Monday, March 21, 2011

Latest Adib & Muaz

4 comments
last week bwk adib jln2 naik train, gi mid valley aje...masuk mph, jusco, pet wonderland, mcd etc...tghari balik...penatttt

muaz plk tak lama lagi nak sambut birthday 2 thn...sabar ya muaz kita potong kek kat umah uwan nanti..nampak muaz dah tembam skit la ek'....

Monday, March 14, 2011

Mini Pizza

0 comments

salam semua,

takde apa nak update..walaupun adib tengah school holiday tp papa tak dapat cuti minggu ni, bz katanya... ibu pun takde plan nak ke mana-mana, cuma ibu amik gak la cuti sehari... ingat nak jalan-jalan cari pasal ngan adib...hehe

sebelah gambar mini pizza yg very the easy nak buat... nak ngan tak nak aje kan... ok jumpa lg..wassalam

Thursday, March 3, 2011

"Ibu, adib malu"

3 comments
salam jumaat buat semua....

semalam sebaik saja ibu smp umah, adib terus je cakap "ibu, adib malu" "knp plk adib" "kawan adib cakap adib botak, sume org pandang adib"... "laaa, kenapa dorang cakap mcm tu, ibu tengok adib handsome jer"... "takkk" balas adib, muka tak puas hati... "mana plk botak, ni kan rambut adib...kalau mcm upin ipin tu br la botak, apa la kawan adib ni tak tau kan"... br la ceria sikit muka dia...


ni gambar adib semalam, malam rabu tu adib & papa gi gunting rambut.... takde la botak sangat pun kan.....

Wednesday, March 2, 2011

Perkhemahan di rumah uwan & atuk....

0 comments

hehe, yeye jer dorang ni nak berkhemah....tp khemahnya kat umah uwan & atuk je la....jgn tak de kat orang....layan je la...........

Tuesday, March 1, 2011

sabar itu separuh daripada iman....

0 comments
'ibu dengar ni ibu, hadis sabar'...petah adib bercakap... 'ha, apa dia?' 'sabar itu separuh daripada iman...."الصبر نصف الإيمان"... siap dengan intonasi & arabnya sekali
'cikgu cakap kita kena sabar'... 'kena cakap sabar'.... lg adib bercerita.... 'betulll' ibu melayan adib berborak

...................................................

satu malam... 'adib cepat buang air, gosok gigi, tukar baju tido'....

"sabar" "sabar"...siap angkat tangan lagi, dengan muka selambanya... selalunya sure ibu suruh & suruh lagi smp dia buat benda tu... tp malam tu memang tergelak dibuatnya....hehe

adib adib....



 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez