Tuesday, December 22, 2009

Apa yang Mauz dah makan...

4 comments
muaz dah pun nak masuk 9 bulan, masih fully breastfeed, syukur alhamdulillah. tp sekarang tgh berura2 untuk top up ngan soy milk coz.....waaaa frozen ebm dah makin susut, perah 4 kali pun hanya dapat collect dlm 12 oz jer, bekal muaz ke taska 15-18 oz... harapnya stok dapat la bertahan smp muaz genap 9 bulan...

ok, since muaz start solid food ni la antara yg muaz dah makan, alhamdulillah muaz senang makan berbanding dengan abangnya...


beras putih
beras perang
---------------
ikan bilis
kentang
karot
sweet potato
kobis putih
brokoli
bayam
celery
labu - latest
---------------
ayam
ikan tenggiri
---------------
epal merah
pear
betik
pisang

Latest Adib & Muaz

0 comments
lama tak update gambar dorang...


adib


muaz

Tuesday, December 8, 2009

Happy 1 Year Birthday to Nur Fatiha Nadhirah

2 comments


ni la satu2nya cucu perempuan dalam family ibu, ada sorang lagi sebenarnya, tp beliau selamat bersemadi di alam yg kekal abadi.... berbalik pada si fatiha ni, pejap celik dah setahun dah dia... dah boleh jalan ke belum ni...mak long doakan semoga fatiha cepat pandai jalan, leh lari2 ngan abang2... senang makan, senang poo poo..apo la fatiha ni...

sihat tubuh badan dengan susuibu sepenuhnya...selalu la senyum skit, jgn asyik masam jer...baru la murah rezeki...

Sunday, December 6, 2009

Homemade Blueberry Cheesecake

2 comments


ha ni la yg ibu sumbat ujung minggu ari tu... boleh ke bg tambah susu makan cheese byk2 ni.... 250gm cheese tuk sebijik kek tu ibu jer yg kena ngadap coz papa tak makan cheese, adib makan main2 jer... waaa setahun sekali leh la mcm ni...kalau tak gomukksss la...

Mana Perginya Susu

1 comments
salam...

sekarang ni ibu tengah alami saat2 getir ni.... susu drop dr minggu lepas... hanya dapat collect dalam 9-12oz jer sehari, muaz perlukan 17.5 -20oz ebm tuk dibekalkan ke school, itu pun entah cukup atau tidak sebenarnya coz berat muaz tak bertambah since dia 6 months... now at 8 months muaz baru 6.9kg... alahai anak ibu dah masuk kategori under weight pulak.. walhal muaz dah start makan since dia 6 bulan, hari2 ibu bekalkan homemade porridge tuk lunch & fruit puree tuk tea time, cuma breakfast jer ibu suh bg cereal (nestum)... malam lagi sekali makan homemade porridge, susu 5 botol... tak cukup lagi ke tu...

ibu dah consume macam2 tuk tambahkan production... longan kering, halba, memang selalu jer amik, holick, milo, 3 in 1 oats memang dah jadi minuman rutin ibu...kalau beli air mesti beli soya or air tin sengkuang cina tu... tghari lunch mesti mkn nasi, selalu amik lauk ikan, sayur lemak cekur manis, kerabu jantung, toge...kudapan biskut oat, kacang... tp sume tu masih lum berhasil tuk mengembalikan susu ibu ni... mana perginya susu???? air masak dah bergelen2 teguk, 3,4 ari ni ibu consume fenugreek capsule, mkn 5 bijik sehari... tapiiiiiii............waaaa takde tindak balas lagi....

ya Allah ya tuhanku, murahkan la rezeki muaz mustaqim... dia baru 8 bulan, tak sesuai lagi tuk dibeli susu lain selain susuku....amin

Wednesday, December 2, 2009

Contest Si Manja Berkaca Mata

3 comments


Aiii nak joint contest Si Manja Berkaca Mata pulak... saja2 mana tau murah rezeki kali ni... ok ni yang perlu dibuat:-

  • Buat satu entry pasal contest ni dengan title Contest Si Manja Berkaca Mata dan jangan lupa linkkan entry ini dalam post anda. - okey done
  • Upload gambar si manja anda yang berusia 1 hari hingga 4 tahun dengan aksi berkaca mata. Hanya sekeping gambar untuk seorang peserta diterima kay... jadi silalah pilih gambar anak anda yang anda rasakan terbaik. - orait
  • Nyatakan nama dan umur si manja anda. - ok
  • Jangan lupa letakkan banner contest ini di entry dan side bar blog anda. - ok
  • Tinggalkan komen anda di sini dengan link entry blog anda. - orait
Nama: Muhammad Amirul Adib Bin Muhammad Iqbal Asyran Umur: 3 tahun 10 bulan

Monday, November 16, 2009

tv masuk lam tipon... adib adib...

1 comments




adib "ibu tv masuk lam tipon ibu"... tu la adib takde keje, ke nak mengasah bakat amik gambar...

nilah aktiviti terbaru muaz mustaqim...

1 comments



muaz sekarang ni tak leh tinggal kejap.. tula port terbaru dia... nanti dengar la si adib jerit "ibuuuu muaz masuk wah kusi"... sabor jela..

Wednesday, November 4, 2009

picture taken by adib..

0 comments


sibuk dia nak mengambik gambar.. papanya janji nak belikan dia kamera.. kalau tak, asyik mengerjakan handphone ibunya aje la...

Monday, October 26, 2009

Happy Birthday to Danial Fathullah 24/10/2009

1 comments

butter cake + buttercream + edible image

susu kurang...

2 comments
eeemm lama betul tak update blog... mcm2 perkembangan adib & muaz... ada event besar raya haji nanti, ibu pun akan membzkan diri jugak...

ibu notis sejak muaz mula amik solid food, susu ibu makin kurang... mgkn gara2 muaz kurang nyusu or ibu kurang pum or ibu kurang amik supplement tuk banyakkan susu... lobak putih lama dah tak makan, oats dah abis plk, halba sekali sekala time teringat, longan kering pun malasnya nak rebus... hasilnya nak dapat 4oz pun payah ni haa.... tolongla bagi semangat kat ibu ni ha...

Thursday, October 8, 2009

Muaz nak jugak...

0 comments
nak menyulur dah..



syok betul tido dalam kete...

awek?? taklah sepupu la


apa tayang pusat ni...amboiii

mana acikan abang adib jer posing...muaz pun nak jugak...hehe

Wednesday, September 30, 2009

Lagi Aksi Adib....

0 comments
very good


aii nak main make up pulak...

kat kampung kawan ngan gegirl sumenya....dia la sorang HERO

Aksi Adib

0 comments
tgh sibuk dgn cube

peace


adib ngan makwe ke?? tak lah tu pangkat makcik pada adib tu...hehe

30 September 2009

0 comments
semalam genap 6 bulan Muaz Mustaqim, maka genap la 6 bulan ibu menyusukan Muaz...syukur alhamdulillah, belum campur apa lagi... ada la skit air kosong & ubat-ubatan...

boleh consider grad sijil la kami berdua ni kan.... another 1 and the half year lagi... wah jauh lagi perjalanannya tu...

Tuesday, September 29, 2009

@ Si Comel Berbaju Raya Contest

0 comments
best jugak ni, saje2 mencuba nasib... seronok2 jer... kebetulan ada amik gambar si adib melaram dengan spek mata hitamnya tu....kan main lagi dia...

ok seterusnya...


Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda - done
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - done
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - done
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - done
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - done
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - done
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.- done
Nama: MUHAMMAD AMIRUL ADIB BIN MUHAMMAH IQBAL ASYRAN
Umur: 3 tahun 9 bulan






















Sponsored by:

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..

Monday, September 28, 2009

Raya 2009

0 comments
bergambar dengan uwan, moyang adib & muaz

adib

muaz - lena tido time sessi bergambar

wah dah ramai yang buat n3 raya ya... mcm2 aksi, seronok beraya dengan keluarga tercinta ya...

tahun ni kami beraya di batu kikir n9, kampung belah mak ibu... kalau nak cerita mcm2 tp tak sempat la... layan la gambar ni dulu, kalau lapang akan menyusul gambar lain lagi...

Wednesday, September 16, 2009

beraya di kampung...

1 comments
kalau ikutkan kampung adib & muaz belah ibu kat gombak, belah papa kat rawang... hehe tak advanture lansungkan... pi mai pi mai tang tu jer...kampung pun bukannya kampung...

kalau nak merasa suasana raya kena la balik kampung yang sebenar... belah uwan (mak ibu) kat batu kikir negeri 9, atuk (abah ibu) - parit perak, opah (mak papa) - ipoh perak or atuk (abah papa) - kluang johor.... ha ni sume baru real kampung, ada la lagi ayam, kambing tu pun dah jarang2, pokok buah2an, rumah papan... so selepas berbincang ngan papa tahun ni kami setuju tuk beraya di batu kikir n9, kg ibu & lepas tu akan ke ipoh kg papa...

sori ya uwan atuk, adib & muaz nak baraya kat kampung pulak, nak jumpa moyang....nak tengok ayam itik, nak main bunga api ngan 2 pupu yg lain... sure meriah tukan... harap semua yang dirancang diizinkanNya...semoga A&M sihat walafiat & tak banyak kerenah...

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

0 comments

eeemm esok ibu akan mula bercuti sehinggalah 27hb nanti, jadi dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan "salam aidilfitri" buat semua yang pernah singgah ke sini, juga "maaf zahir & batin"

semoga semuanya gembira bersama keluarga tercinta di hari lebaran nanti... hati2 juga di jalan raya..

Monday, September 14, 2009

ni sorang lagi... nak belajar besar

1 comments

tengok tu muaz dah makin lasak....tak boleh leka2 dah...

besar dah anak ibu

2 comments


adib dah pandai bergaya....

Monday, September 7, 2009

0 comments

kalau time baik boleh la tido sebelah2 macam ni, kalau tak takut tengok kot adib terimpit si muaz... lasak sikit adib ni...

berkampung di gombak

0 comments
hai nampaknya seminggu la ibu, adib & muaz kena duk gombak, umah uwan dan atuk... papa keje shift malam seminggu ni so kelam kabut skit time berbuka kalau kami di rumah sendiri... sapa la nak ke bazaar ramadan kalau papa takde, ibu sibuk nak mengambik budak2 kat taska, tak sampai hati nak biarkan dorang tunggu lama2....

adib apa lagi seronok la jumpa sepupu2nya abg man, dani & fatihah... seronok seronok jugak, time bergaduh bergaduh jugak... muaz mcm biasa la, uwannya suspend je nak jaga kot dia meragam... masa time adib dulu, dia memang uwannya yang jaga dr dlm pantang lagi, sampai la ke umur 1 thn 8 bln mcm tu la kami pindah umah sendiri, adib memang close la ngan uwannya, tido pun nak ngan uwan...

ibu kena la amik cuti 2 ari, takut tak terdaya uwan & atuk nak menguruskan budak2 tu seminggu... jadi berkumpul la kami anak beranak di gombak...


Monday, August 24, 2009

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

0 comments
Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.

Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
* Terasa loya dan ingin muntah.
* Rasa menggigil.
* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

* Pergerakan bayi yang tidak normal.
* Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

* Banyakkan pengambilan cecair.
* Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
* Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
* Mengambil vitamin C.
* Berehat secukupnya.
* Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.

Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

* Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
* Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
* Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
* Banyakkan bertenang.
* Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
* Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
* Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
* Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.

Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

puasa dan hasil perahan...

0 comments
lama betul tak update n3 kat sini...

salam ramadhan buat semua... semoga ibadah kita lebih sempurna kali ini..

ramadhan tahun lepas ibu tengah pregnentkan muaz 4 bulan, nasib baik takde wek2 sgt, tp ada tinggal jugak 4 hari..ramadhan kali ni pulak ibu sedang menyusukan muaz sepenuhnya, direct & juga pump bila di office... risau memang ada kalau bekalan susu tak mencukupi.. semalam ibu hanya dapat collect 10oz coz sempat buat 2x sesi perahan saja... ari ni pg td dapat collect 6.5oz, ni sikit lagi nak gi pump, tgk mcm mana pulak hasilnya...

semoga dengan keberkatan bulan yg penuh rahmat ini, rezeki muaz dimurahkanNya... insyaAllah...

Tuesday, August 11, 2009

latest adib & muaz

0 comments

latest muaz


latest adib

Mother who are Breastfeeding : Influenza A(H1N1) and Feeding Your Baby : What Parents Should Know

0 comments

What is this new influenza A(H1N1) virus?

This influenza A(H1N1) virus (previously known as “swine flu”) was first detected in people in April 2009 in the United States. This virus is spreading from person-to-person, probably in much the same way that regular seasonal influenza viruses spread.

What can I do to protect my baby?

Take everyday precautions. In addition, take extra care to wash your hands often with soap and not to cough or sneeze in the baby’s face while feeding your baby, or any other time you and your baby are close. If you are ill, or coughing and sneezing, consider wearing a mask.

Does breastfeeding protect babies from this new flu virus?

There are many ways that breastfeeding and breast milk protect babies’ health. Since this is a new virus, we don’t know yet about specific protection against it. Mothers pass on protective antibodies to their baby during breastfeeding. Antibodies are a type of protein made by the immune system in the body. Antibodies help fight off infection.

Flu can be very serious in young babies. Babies who are not breastfed get sick from infections like the flu more often and more severely than babies who are breastfed.

Should I stop breastfeeding my baby if I think I have come in contact with the flu?

No. Because mothers make antibodies to fight diseases they come in contact with, their milk is custom-made to fight the diseases their babies are exposed to as well. This is really important in young babies when their immune system is still developing. Breastfeeding also helps the baby to develop his own ability to fight off diseases.

Is it ok to breastfeed my baby if I am sick?

Yes. This is really important.

  • Do not stop breastfeeding if you are ill. Ideally babies less than about 6 months of age should get their feedings from breast milk. Breastfeed early and often. Limit formula feeds as much as possible. This will help protect your baby from infection.
  • If you are too sick to breastfeed, pump and have someone give the expressed milk to your baby.

If my baby is sick, is it okay to breastfeed?

Yes. One of the best things you can do for your sick baby is keep breastfeeding.

  • Do not stop breastfeeding if your baby is ill. Give your baby many chances to breastfeed throughout the illness. Babies who are sick need more fluids than when they are well. The fluid babies get from breast milk is better than anything else, even better than water or juice because it also helps protect your baby’s immune system.
  • If your baby is too sick to breastfeed, he or she can drink your milk from a cup, bottle, syringe, or eye-dropper.

Is it okay to take medicine to treat or prevent influenza A(H1N1) while breastfeeding?

Yes. Mothers who are breastfeeding should continue to nurse their babies while being treated for the flu.

** Adapted from CDC Atlanta

papa noty

1 comments
papa kena admit hospital coz nak buang cyst kat tangan papa, tak sakit tp mengakibatkan tangan rasa lenguh...so papa decide tak nak simpan lama2, takut makin besar plk nanti..

seelok bangun dari tido...

ibu : adib papa kena masuk hospital, nak kena potong tangan, tangan papa sakit..
adib : tula, selalu buat adib.. degil sangat (spontan je kuar dr mulut adib)

lor, adib ni.. ibu selalu cakap kalau noty nanti kena potong tangan kaki kat akhirat... ni papa la plk yang noty ek'.. adib adib

Jangkitan Virus Influenza A(H1N1)

0 comments

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing

Thursday, July 23, 2009

puasa & hasil tenusu ibu...

0 comments
eemmm dah masuk hari ke3 ibu puasa ganti... tp ibu tak la puasa terus 3 hari, ibu puasa isnin khamis... lambatnya ibu ganti puasa... bukan apa tertangguh2 sebab pregnent, pastu pantang bersalin & sekarang tgh menyusukan muaz... rasa risau susu kurang tu yang melambatkan hasrat ibu tuk ganti puasa... tp ni dah rejab masuk syaban dah pun...tak boleh tangguh2 lagi...

so mcm mana outcome nyer?? alhamdulillah dengan izin Allah production susu macam biasa..malah yang ibu bersyukur sangat masa perahan pertama dalam kul 9-9.30 tu boleh dapat lebih dr hari biasa.. isnin lepas ibu dapat 7oz & hari ni 6.5oz, sampai kena tukar batol la, which bila ari biasa tak lak dapat sebanyak tu...

so ibu conclude kalau kita bersahur dengan betul, makan nasi, minum susu or holick ke, banyakkan minum air masak sepanjang malam tu & makan kismis (kurma takde stok), susu akan ada macam biasa.. cuma bila puasa ibu buat 2x aje pulak sesi perahan...tak larat & sesi perahan petang rasa dah kering benar... tp ari ni nak try la coz kurang bz nyer..

alhamdulillah syukur pada Allah, apa yg ibu risaukan tu takde la apa2 sangat, cumanya kena jaga makan & byk2 minum air...


Tuesday, July 14, 2009

Cucu-cucu Atuk & Uwan

0 comments
Ni la dia Adib, Muaz & sepupu2 dorang...

1. Muhammad Luqman Aliff - 06/09/2003


2. Muhammad Amirul Adib - 21/01/2006


3. Muhammad Danial Fathullah - 24/10/2006


4. Nur Fathiha Nadhirah - 09/12/2008

5. Muaz Mustaqim - 30/03/2009


...dan sorang lagi arwah Asyfa Rawiah...
 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez