Wednesday, July 14, 2010

Hari Susu Ibu



Pada setiap tahun, Susuibu.com akan menganjurkan sambutan Hari Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung pada 1 - 7 Ogos.


Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :


Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.

Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :

- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Semua dijemput hadir pada Hari Susu Ibu nanti di FIESTA KAJANG 2010!!!

0 comments on "Hari Susu Ibu"

Post a Comment

 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez