Tuesday, April 27, 2010

Utusan Malaysia - Bayi Susu Ibu IQ Tinggi

1 comments
Ibu terbaca di blog ni.. SAYANGKU KASIHMU KINI BERSATU DALAM CINTA

SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.

Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.


Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.


Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.
"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.
Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.

"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.


Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.
"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.
"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.


Bukan setakat itu saja, menurut German,
menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.

"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.

Monday, April 19, 2010

Episod Makan-makan 2

2 comments

mango lassie
















brownies

















baked macaroni
















apam coklat

Episod Makan-makan

0 comments
muffin
















donut

















puff pastri
















blueberry cheese cake

Monday, April 12, 2010

hujung minggu adib & muaz

2 comments
muaz - alamanda, putrajaya & mandi kolam kat laman rumah

adib - alamanda, putrajaya & mandi kolam kat laman rumah

Thursday, April 8, 2010

Syukur Alhamdulillah...

2 comments
salam semua

ibu dah berura2 nak kenalkan susu formula (fm) kat muaz sejak dr dia 6 bulan lagi, ibu rasa susu ibu ni tak cukup tuk dia sbb tu dia under weight smp skrg..

first time introduce fm kat muaz dia muntah, kali kedua pun sama... pastu ibu stop, ibu usaha berlipat ganda untuk pastikan cukup bekalan muaz, makan makanan berkhasiat, strictly no diet, beli funegreek... end up susu cukup la tuk bekalan muaz (3.5oz x 5 botol).. sampai la muaz 11 bulan ari tu, by this time dia dah makan mcm2 bubur, buah, cereal.. ibu hanya dapat bekalkan dia 3.5 x 4 botol... tanya cikgu dia, dorang cakap cukup.. ibu pun tak pasti la cukup ke tidak, tp hanya banyak tu aje la yg terdaya ibu colect...


sekali lagi ibu cuba bg muaz fm, kali ni bukannya dia muntah, langsung dia tak nak, yela dah 11 bulan lebih dah dia masa tu, ingat bila dia dah setahun ni boleh la ibu rest skit...tp Allah masih murahkan rezeki muaz untuk menikmati susu ibu sepenuhnya... syukur alhamdulillah


ari ni perahan memberangsangkan.... 8 oz tuk sesi pagi...

Wednesday, April 7, 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda

4 comments
Ayahanda & Bonda tercinta

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda yang ke 38... Syukur kerana diizinkan Allah agar ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke hari ini dan semoga ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat....

Ibu mewakili adik2 yang lain mengucapkan jutaan terima kasih atas kasih sayang, perihatin, tunjuk ajar, didikan, penat lelah, wang ringgit dan segala pengorbanan yang mak dan abah berikan dalam membesarkan kami 4 beradik... memang tak mungkin sama dengan apa yang dapat kami berikan..


Apalah hadiah yang sesuai nak bagi ni ya.... InsyaAllah nak bgkan sesuatu untuk mereka...

Sunday, April 4, 2010

Jamuan kecil Muaz 1 tahun

2 comments
kek, bila tugasan terpaksa dipikul oleh Mr Hubby...

kuih muih


dah lepas larangan garam n gula, dah boleh makan mcm2....

org kuat majlis bersama anak2

ok gambar credit to hani n faiz, ibu tak sempat pun nak snap2.... mana la gambar adib n luqman takde...main je dia org berdua tu...

Jamuan kecil Muaz 1 tahun

0 comments
me and muaz

aii dah ngantuk ke...

jap laa muaz, potong kek dulu..

little bro n beloved mom

Layan....
 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez