Wednesday, August 25, 2010

peel adib



salam ramadhan buat semua…


lamanya ibu tak bersiaran… ada saja halangannya…especially sebab perpindahan office ibu..


ibu nak share skit peel si adib ni, semalam ibu marah sungguh kat adib, hilang separuh pahala puasa kot… puncanya adib menconteng dinding & berbohong… 2 kesalahan, mana ibu tak naik angin.. kalau setakat menconteng dinding tu ibu memang marah, tapi bila adib bohong menyatakan muaz pulak yg buat, itu lebih memarakkan lagi kemarahan ibu…


ibu memang saja uji dia.. tanya “adib sapa conteng dinding ni” dengan suara yg tegas… dia diam membatu, ibu tanya lagi dia masih diam… ibu pandang tepat pada mata dia, dia pun pandang tepat pada mata ibu, ibu nampak mcm dia mencari-cari jawapan apa yang dia nak bagi… ibu tukar plak soalan ibu, “sapa conteng dinding ni adib, papa?” dia geleng kepala, “ibu?” dia geleng kepala… “dah tu muaz”, cepat je dia angguk, “muaz” antara keluar tak keluar je suaranya…


ibu dah semakin membara, ibu amik rotan… ajak dia duduk bersila setentang dengan ibu… “adib jangan bohong ibu, adib cakap betul-betul sapa yang conteng dinding” dia masih jawab muaz… geram sungguh hati ibu, zapp kena sedas kat kaki… tanya lagi, jawapannya tetap sama…keras sungguh hati dia.. ibu cakap plak “selagi adib tak mengaku ibu rotan”, tak berganjak jugak dia… aduh ni kena main perang psychology ni… ibu tukar nada suara, cakap bebaik… “adib cakap betul-betul sapa yg conteng?”, “adib” ha mengaku pun dia… aduhhh budak 4 thn dah pandai berbohong….


so lepas je adib mengaku, ibu rotan tangan dia, nangis la jugak, cakap kat dia malam ni adib tido bilik adib…amik bantal, selimut bawak masuk bilik adib…takde susu susu… dia hulur tangan minta maaf, ibu cakap ibu tak nak… masa tu ibu dah sibuk nak mengemas dapur…so ibu buat tak layan aje la dia…


tengok dia dah angkat bantal & selimut dia masuk bilik dia, buang air sendiri & salin baju tido sendiri…ibu biarkan je.. “bu, nak susuuuu” “tak boleh, pegi tido” keras suara ibu…. terkulat-kulat dia masuk bilik, dok layan blues dia …ibu biarkan aje…

lambat la plk dia nak terlelap, tah apa yg dibuatnya…last sekali bila ibu nak masuk tido, ibu bancuhkan jugak susu, tak sampai hati plk rasanya…


entah la, betul atau tidak tindakkan ibu tu, adakah ianya boleh menyedarkan adib agar tidak berbohong lagi… harapan ibu agar anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh… harapnya mereka mendapat didikan yang sebaiknya…semogo ibu dapat menjalankan tanggungjawab ibu dengan baik… sayang memang sayang, tapi kalau dah buat salah ibu tak nak kompromi…


sekian…

1 comments on "peel adib"

Faizal Rahman on August 26, 2010 at 2:06 AM said...

Garangnya ibu, meh kat paklang

Post a Comment

 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez