Friday, July 3, 2009

"ibu adib takut"



kul 10.30 malam ibu bersiap2 tuk tido.. tukar muaznyer pampers, bawak masuk bilik.. papa buat susu adib dan ajak adib masuk bilik… “tido ya adib” pesan papa… ibu pun baring di antara adib & muaz… mcm burger, ibu jd daging duk tengah2… papa tido mana, hehe papa kena tido sorang2… tak semena-mena adib yang tengah nak menghabiskan susu yg tinggal sikit tu duduk…

adib: ibu adib takut
ibu: takut apa?
adib: takut hantu ibu: ishh adib ni mana ada laaa

adib: adaaa (sambil merengek2)… adib takut

ibu: kat mana??


adib: kat situ (sambil menunding jadi ke satu sudut bawah katil..

ibu: laa tu kotak laaa..

adib: cuba ibu bukan tengok kat dalam dia…

ibu: tu kotak kosong adib, dah la baring…

adib: tak nak adib takut, mana papa, adib nak panggil papa… (terus dia ajak ibu keluar dr bilik, tinggal plk si muaz sorang2)


adib: papa, papa adib takut..

papa: takut apa?


adib: hantu

papa: isshh takde la, jom tido jom, papa tido sekali…

adib pun baring, bukan kat bantal dia tp sebantal dengan ibu, ibu peluk adib sambil baca apa yang patut…siap azan sekali..
adib merengek2.. pusing kat ibu dib… adib patuh, ibu tanya dia pasal abg man, dani, pasal school, saja nak bagi dia lupa pasal tu… ceria skit bunyi suaranya… dah dib pejam mata.. ibu pun pejap mata.. namun sayup2 ibu dengar adib cakap "dia boleh terbang tinggiii". "sapa dib" tanya ibu "ultraman ke". "tak hantu la, dia terbang kat atas" sambil tangannya tunjuk syiling….

ayo laaa, nampak apa plk si adib ni, betul ke dia nampak kot… ibu malas nak layan dah lepas tu, akhirnya adib & ibu pun tertido….
misteriiiiii tinggal misteriiii

3 comments on ""ibu adib takut""

nieda on July 3, 2009 at 4:15 PM said...

huwaa takutnyer baca entry ni...insyaallah xder apa2 kan adib...good boy

Honey on July 3, 2009 at 7:39 PM said...

Apo lah dak Adib nih ...

princess on July 5, 2009 at 7:22 PM said...

baru la senang skit nak baca, ari tu naper tah bersambung2....

ibu pun takut jadinya.... minggu ni papa keje shif malam... harap jgn la adib ckp bukan2 lagi...

Post a Comment

 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez