Tuesday, July 7, 2009

air masak vs formula milk


pagi ni ibu kena antar muaz...mula tu angin jugak, sian muaz awal sangat kena pegi school, papa ot sampai ke subuh, tp malas la nak panjang2 cite..angkut la muaz masuk kete & bekas susu muaz.. adib, dia tido lagi...biar la dia ngan papanya nanti..

muaz mamai2 lagi, sampai je school terus buh muaz atas tempat beradu dia tulah..alhamdulillah diam je dia.."susu cukup ya" "cukup" balas cikgu taska.. dua ari ni nampaknya abis licin susu 5 botol x 3oz.. selalu tu ada gak tinggal skit botol yg kelima tu..

kebetulan time bwk muaz masuk bilik tu ada la baby yang sebaya muaz tu, elok aje dia golek atas tilam gebu dia.. "baby ni minum susu ibu jugak ke?" sibuk ibu bertanya.. "ha'ah, tapi susu dia tak cukup, asyik nangis je dia" sambil cikgu tu tunjuk btol susu baby tu.. lor ada la dalam 1.5oz, nampak macam susu perahan subuh td. "dah, berapa botol mak dia bagi?" menyibuk lagi.. "satu tu jelah kak".. "eh kamu ni betul ke" pelik ibu.. "ya kak, yang lain mak dia suh bagi air masak, mak dia tak bagi susu tepung, nangis je baby tu" lurus benar nampak cikgu baru muaz ni... "kul berapa mak dia balik, antar kejep je kot" ibu antara percaya tak percaya je sebenarnya.. "tak kak, sampai kul 5 ptg"

dalam kete ibu terkesima... baby 3 bulan hanya minum 2oz susu dr kul 7 pg - 5 ptg!!! ibu betul2 terkedu... terngiang2 lagi ciku tu beritau mak dia tak nak bagi susu tepung, dia duh bagi air masak... ibu jadi keliru, sampai begitu sekali ke...

tiba2 ibu sebak, bergenang air mata, ya Allah syukur atas rezekiMu, cukup lagi susu ibu untuk muaz... kalau ibu berada di pihak ibu baby tadi ibu tak sekuat itu... pasti ibu merelakan muaz minum susu formula, ibu tak sanggup tengok muaz menangis tak cukup susu, ilangkan lapar & dahaga hanya dengan air masak dr pg sampai petang...

ilmu ya ilmu itu la yang paling penting, perlu ada persiapan yang rapi buat ibu2 di luar sana, jangan amik mudah... akhirnya baby sendiri yang jadi mangsa... ohhh kesiannya kawan muaz td... kalau susu ibu melimpah ruah boleh share ngan muaz...kena sediakan 10 botol la pulak..walaa

apa pendapat ibu2 di luar sana, pakar2 laktasi... ibu pun jadi confuse pulak.. air masak or formula milk????

2 comments on "air masak vs formula milk"

Honey on July 8, 2009 at 7:47 PM said...

Ape kebenda lah mak budak nih ...

nieda on July 10, 2009 at 5:12 AM said...

mak budak ni betul ke tak???alahai siannyer, i yg baca pun naik sebak. Kalau i jadi pengasuh tu, i sanggup keluarkan duit beli susu formula..better susu formula compare dgn air masak..

Post a Comment

 

IBU ADIB & MUAZ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez